bowt skoliosis quwh
Definisi
Skoliosis adalah kelengkungan tulang belakang yang abnormal ke arah tepi, yang berlaku pada segmen servikal (leher), torakal (dada) dan lumbar (pinggang).
Sebanyak 4% dari seluruh kanak-kanak yang berumur 10-14 tahun mengalami skoliosis. 40-60% diantaranya adalah anak perempuan.
Punca
Terdapat 3 penyebab umum dari skoliosis:
1. Kongenital – biasanya berkaitan dengan suatu kelainan dalam pembentukan tulang belakang atau tulang rusuk yang bersambung.
2. Neuromuskular – pengendalian otot yang buruk , kelemahan otot atau kelumpuhan akibat penyakit berikut:
- Cerebral palsy
- Distrofi otot
- Polio
- Osteoporosis juvenil
3. Idiopatik – penyebabnya tidak diketahui.
Tanda-tanda
Gejalanya adalah seperti berikut:
- tulang belakang melengkung secara abnormal ke arah tepi.
- bahu dan/atau pinggul kiri dan kanan tidak sama tinggi.
- lenguh punggung
- keletihan pada tulang belakang setelah duduk atau berdiri lama
- skoliosis yang berat (dengan kelengkungan yang lebih besar dari 60°) boleh menyebabkan gangguan pernafasan.
Kebanyakan pada punggung bahagian atas, tulang belakang membengkok ke kanan dan pada punggung bahagian bawah, tulang belakang membengkok ke kiri sehingga bahu kanan lebih tinggi daripada bahu kiri. Pinggul kanan juga mungkin lebih tinggi dari pinggul kiri.
Diagnosis
Pemeriksaan fizikal – pemeriksaan tulang belakang termasuk bahu, pinggul, kaki dan tulang rusuk. Pemeriksaan neurologi (saraf) dilakukan untuk menilai kekuatan, sensasi atau refleks.
X-ray – ujian awal X-ray akan dilakukan untuk mengesahkan diagnosis dan menentukan saiz kelengkungan tulang belakang.Ujian X-ray yang seterusnya dilakukan untuk memantau kelengkungan dan membantu proses pemilihan rawatan.
Skoliosis dikenalpasti melalui bentuk dan saiz kelengkungan, lokasi kelengkungan dan beberapa faktor lain:
- Bentuk – Kelengkungan ke tepi berbentuk C atau S. Tulang belakang yang berpusing menyebabkan tulang rusuk dan otot berhampiran tulang belakang akan keluar dari susunan yang normal.
- Lokasi – Kelengkungan boleh berlaku pada bahagian atas belakang di mana terletaknya tulang rangka (torasik) dan bawah (lumbar) atau di kedua-dua bahagian atas dan bawah (torakolumbar).
- Arah – Skoliosis boleh melengkung ke sebelah kiri atau kanan.
- Sudut – Doktor memeriksa sudut kelengkungan berdasarkan X-ray.Tulang belakang yang normal, dilihat dari belakang, akan menunjukkan 0 darjah (garis lurus).Kelengkungan yang besar akan membengkokkan tulang belakang ke aras melintang atau mendatar (horizontal),atau 90 darjah.Skoliosis diklasifikasikan sebagai kelengkungan tulang belakang melebihi 10 darjah.
- Punca – Sebanyak 85% kes skoliosis adalah idiopatik, bermaksud tidak diketahui.
Rawatan
Rawatan yang dilakukan bergantung kepada punca, darjah dan tempat kelengkungan serta status pertumbuhan tulang.
- Jika kelengkungan kurang dari 20°, biasanya tidak memerlukan rawatan, tetapi pesakit harus menjalani pemeriksaan secara teratur setiap 6 bulan.
- Pada kanak-kanak yang masih membesar, kelengkungan biasanya bertambah sehingga 25-30°, oleh itu biasanya digalakkan untuk menggunakan brace (alat penyangga) untuk membantu memperlambat progresiviti kelengkungan tulang belakang. Brace dari Milwaukee & Boston efektif dalam mengendalikan progresiviti skoliosis, tetapi harus dipasang selama 23 jam/hari sampai masa pertumbuhan anak berhenti.
Brace tidak efektif digunakan pada skoliosis kongenital atau neuromuskular.
- Jika kelengkungan mencapai 40° atau lebih, biasanya dilakukan pembedahan.
Pada pembedahan dilakukan perbaikan kelengkungan dan peleburan tulang-tulang. Tulang dipertahankan pada tempatnya dengan bantuan 1-2 alat logam yang terpasang sampai tulang pulih (kurang dari 20 tahun). Sesudah dilakukan pembedahan mungkin perlu dipasang brace untuk menstabilkan tulang belakang.
- Kadangkala pesakit diberikan perangsangan elektrospinal, dimana otot tulang belakang dirangsang dengan arus elektrik rendah untuk meluruskan tulang belakang.
- Khidmat fisioterapi,terapi cara kerja dan rehabilitasi juga diperlukan.
Komplikasi
- Kerosakan jantung dan paru-paru. Pesakit skoliosis kronik (kelengkungan melebihi 70 darjah ) tulang rusuk akan menekan jantung dan paru-paru menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan jantung sukar untuk berfungsi.Bagi pesakit skoliosis yang lebih kronik (kelengkungan melebihi 100 darjah ) kerosakan jantung dan paru-paru akan berlaku.Setiap pernafasan boleh menyebabkan peningkatan risiko infeksi dan radang paru-paru.
- Sakit belakang – Pesakit dewasa akan lebih mengalami sakit belakang yang teruk berbanding kanak-kanak.Pesakit skoliosis yang tidak mendapat rawatan boleh mengidap arthritis tulang belakang.
- Imej badan – Anak anda mungkin berasa tersisih dan terasing dengan imej badan yang disebabkan oleh skoliosis ketika usia kanak-kanak dan remaja. Sebagai ibu bapa,cuba libatkan anak anda dengan aktiviti yang boleh meningkatkan keyakinan diri.
Prognosis
Prognosis bergantung kepada punca, lokasi dan tahap kelengkungan. Semakin besar kelengkungan skoliosis, semakin tinggi risiko terjadinya progresiviti selepas masa pertumbuhan anak berlalu.
Skoliosis ringan yang hanya diatasi dengan brace mempunyai prognosis yang baik dan cenderung untuk tidak menimbulkan masalah jangka panjang selain kemungkinan timbulnya sakit punggung pada saat usia pesakit semakin bertambah. Pesakit skoliosis idiopatik yang menjalani pembedahan juga memiliki prognosis yang baik dan hidup secara aktif dan sehat.
Pesakit skoliosis neuromuskular selalu memiliki penyakit lain yang serius misalnya cerebral palsy atau distrofi otot.